Monday, January 12, 2015
Ceramah Maulidul Rasul
Alhamdullillah. Masih bernafas di bumi ini. Terima kasih Allah.
Semalam, Surau Tazkiah, surau di taman kami mengadakan kuliah Maghrib sempena Maulidul Rasul. Hanya sempat solat maghrib berjemaah dan mendengar bahagian permulaan ceramah kerana Khadeeja sibuk menguji tangga surau menuju ke tingkat atas surau. Di samping jeritan-jeritan kecilnya yang tidak difahami butirnya aku memutuskan untuk hanya pulang ke rumah.
Sambil menyuap nasi bubur ke mulut kecil Khadeeja antara butir bicara penceramah yang boleh dikongsikan ialah bagaimana memperkenalkan Rasullullah kepada anak-anak. Kata penceramah itu, berapa kalikah kita menyatakan kepada anak-anak bahawa kita solat, kita makan, kita tidur begitu begini sebenarnya kerana Rasulullah yang melakukannya dan Rasulullah adalah pesuruh Allah yang menerima arahan daripada Allah. Yang tidak melakukan sesuatu mengikut perasaannya sendiri.
Mesej mudah yang mesti dipratikkan. Beritahulah mereka bahawa kita melakukan solat, makan beradab, berdoa sebelum tidur, merendah diri, menghormati orang lebih dewasa adalah kerana Rasullullah yang berbuat demikian.
Insya Allah. Akan dipraktikkan.
Thursday, January 8, 2015
2015
Alhamdullillah. Segala puja dan puji kepada Allah Pencipta Alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
Tirai 2015 telah terbuka luas. Lama sungguh tidak menulis di blog ini. Terasa rindu sekali untuk meluahkan rasa yang terbuku sekian lama. Sesekali yang dilakukan adalah menulis hanya menggunakan word dokumen sahaja kerana tidak punya waktu yang sesuai untuk membuka blog ini.
Sangat berharap dapat menambah kandungan blog ini sebanyak mungkin di tahun ini. Terutamanya kandungan resepi dan pengalaman membesarkan tiga puteri bersama raja di hati ini Mr Bahagia Kumari.
Akan kugapai cita-cita dan akan ku warnakan 2015 sebaik mungkin.
Insya Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)