Syukur pada yang Maha Penyayang kerana masih di sini. Lama benar tidak berbicara di blog ini. Masih setia menulis tapi dalam format words serta isu yang belum nampak kesudahan. Terasa begitu sukar mendapat cetusan idea-idea yang baik dan meletakkan bersama menjadi suatu tulisan yang senang dibaca. Mohon cetusan-cetusan idea itu didatangkan Yang Maha Bijaksana untuk diri terus membaiki diri dan pada masa yang sama memberi kepada sesama insan. Mohon jua padaNya disibukkan diri dengan agenda-agenda baik setiap detik supaya ada ganjaran untuk setiap kesibukan dan usaha itu. Beberapa kali Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam naskah trilogi Aku Terima Nikahnya mengulangi betapa akan terlalai seorang manusia jika masanya begitu terluang. Ingatan ini teramat tepat bagi seorang bergelar manusia. Inilah senjata yang akan merosakkan diri. Segala puja dan puji kepadaNYA, menjadikan diri ini lebih baik dari hari semalam dan disibukkan dengan hal-hal yang baik sahaja. Maha Suci Allah.
No comments:
Post a Comment