Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam..
Benar-benar perlu menterjemahkan apa
yang terperangkap di dalam hati ini seberapa pantas dan diharapkan mampu paling
tidak mengendurkan ketegangan yang melanda.
Menjadi sebahagian daripada rutin dalam
bagi semua jenis jawatan untuk menghadiri dan menyertai latihan, kursus,
seminar, bengkel demi meningkatkan kualiti kerja masing-masing. Di samping
menjadi wadah meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan inilah juga platform untuk mengutarakan pendapat, pandangan dan
idea baru bahkan juga sebarang kritikan membina demi kebaikan bersama. Tidak
salah langsung untuk mempunyai pandangan yang berbeza sesama sendiri tetapi
tentunya ada cara yang sesuai untuk berbuat demikian. Ada etika tersendiri.
Asas utama ialah menghormati perbezaan dan meraikan persamaan.
Cuba mengingatkan diri sendiri agar
lebih menjadi manusia. Manusia yang memahami manusia yang lain. Yang sedar
sebagai manusia yang punya perasaan akan sakit apabila dikasari. Yang semakin
sedar setiap manusia adalah berbeza tetapi jangan sesekali perbezaan memecah
belahkan tembok kesatuan.
Berbeza pendapat bukankah digalakkan
demi mencetuskan idea yang paling ideal. Cuma sama-sama memikirkan cara
menyampaikannya dengan perkataan yang paling sesuai demi tidak melukakan
sesiapa dan tidak juga memandai-mandai tapi pandai. Manusia yang merendah diri adalah
yang tinggi harga dirinya.
“Dan sederhanakanlah langkahmu
semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai” [Luqman 31: 19]
Ingatan untuk diri sendiri sentiasa
meletakkan diri pada diri orang lain jika benar-benar ingin memahami perasaan
orang lain.
No comments:
Post a Comment